HONOR Play 3 Rasmi Dilengkapi Bateri 4000mAh Dan Kirin 710F

HONOR semalam telah hadir dengan penawaran baru yang dikenali sebagai HONOR Play 3 untuk peminat mereka. Bagi persaingan kali ini, pengeluar menguasakan peranti ini dengan Kirin 710F, cip pemprosesan empat teras Cortex-A73 dan empat teras Cortex-A53 yang bekerjasama dengan Mali-G51 MP4 bagi mengendalikan grafik.

HONOR Play 3 ditawarkan dengan memori pilihann RAM4GB/64GB, RAM 4GB/128GB serta RAM 6GB/128GB. Ia mempunyai rekaan punch hole pada skrin paparan yang dihuni oleh lensa 8MP. Berada sebaris di penjuru kiri belakang pula adalah tiga kamera,  diketuai lensa 48MP (f/1.8), 8MP lensa sudut lebar serta 2MP untuk depth.



Paparan 6.39 inci menghiasi bahagian hadapan dan HONOR Play 3 dijana menggunakan bateri 4000mAh bersama pengecasan 10W dengan kuasa disalur melalui port MikroUSB.

HONOR Play 3 bakal dijual di China pada harga 999 yuan (~RM587) untuk RAM4GB/64GB sementara dua lagi variasi dijual pada harga sama iaitu 1299 yuan (~RM763). Ia tampil dengan tiga warna, Aurora Blue, Flame Red dan Black dan dijadualkan penjualan di negara tembok besar itu pada 10 September ini.