Honor Note 10 Diperkenal Secara Rasmi Dengan Mod Double Turbo, Bateri 5,000 mAh

Dua tahun hilang meninggalkan peminatnya, siri Honor Note kini kembali dengan model Note 10 yang dilancarkan secara rasmi di China, semalam(31 Julai). Seperti dijangka, Honor telah menyenaraikan beberapa ciri dan fungsi menarik pada peranti ini.

Antaranya ialah peranti ini bakal hadir dengan bateri berkapasiti besar 5,000 mAh yang dijangka dapat memberikan lebih masa penggunaan kepada pemiliknya. Ia memiliki fungsi pengecasan pantas Huawei SuperCharge, maka anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mengecas bateri sebesar itu.



Selain itu, Honor turut melakukan kejutan dengan memperkenalkan satu fungsi baru iaitu CPU Turbo. Fungsi ini akan memberikan lebih kepantasan kepada operasi peranti disebabkan oleh clockspeed yang dipertingkatkan dan mengoptimumkan penggunaan RAM.

Sehubungan dengan itu, Honor telah menyediakan satu butang khas bagi mengaktifkan mod Double Turbo(GPU Turbo + CPU Turbo) pada peranti ini. Honor mendakwa ia akan memberi pengalaman bermain permainan video dan menjalankan operasi peranti dengan lebih pantas.



Spesifikasi lain yang ada pada Honor Note 10 ini adalah ia dijalankan menggunakan sistem EMUI 8.2 berlandaskan Android 8.1, cip pemprosesan Kirin 970, kamera utama AI dwi-lensa(24MP + 16MP, f/1.8), kamera swafoto 13MP f/2.0 serta skrin paparan jenis AMOLED 6.95-inci FHD+ tanpa rekaan takuk.

Honor Note 10 ini hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Midnight Black dan Phantom Blue. Ia dijual di pasaran China dengan harga CNY 1,799/~RM 1,666 (6GB+64GB), CNY 3,199/~RM 1,904 (6GB+128GB) dan CNY 3,599/~RM 2,142 (8GB+128GB).

Sumber