Honor Note 10 Dilancarkan Secara Rasmi 31 Julai Ini

Honor Note 10 akan diperkenalkan buat pertama kali pada 31 Julai ini di China, menurut laporan Gadget 360. Perkara itu telah disahkan oleh pihak honor sendiri di mana mereka telah mengeluarkan satu poster bagi memaklumkan perkara tersebut.


Kredit : Weibo


Dalam imej poster itu, ia memaparkan tulisan tarikh 31 Julai sebagai tarikh pelancaran bagi peranti ini. Pada awal minggu ini, satu imej tertiris yang dikatakan sebagai Honor Note 10 telah tular di laman Weibo dan pengguna laman tersebut dilaporkan amat teruja untuk memiliki peranti berkenaan.


Kredit : GizmoChina


Honor Note 10 dijangka akan hadir dengan skrin besar 6.9 inci, cip pemprosesan HiSilicon Kirin 970, 6GB RAM serta bateri berkapasiti besar tidak kurang dari 6,000 mAh. Ia juga akan didatangkan dengan diw-kamera utama 24MP + 16MP dengan fungsi kecerdasan buatan, seperti yang dipaparkan pada poster di atas.



Honor juga telah mengeluarkan satu lagi poster yang bertujuan bagi menjemput orang ramai untuk hadir ke satu majlis perasmian produk baru pada 30 Ogos ini. Tempat dan 'produk' tidak dinyatakan, namun terdapat laporan ia adalah majlis pelancaran global bagi Honor Note 10 yang akan dilangsungkan di Berlin, Jerman iaitu sehari sebelum acara IFA 2018.

IFA 2018 akan berlangsung di Berlin, Jerman bermula 31 Ogos sehingga 5 September ini di mana ia akan menghimpunkan syarikat-syarikat gergasi teknologi dunia bagi memperkenalkan produk-produk terbaru keluaran mereka.

Sumber