HONOR Mungkin Akan Terima Semula Akses Kepada Servis Google Setelah Dijual Oleh Huawei

Baru-baru ini Huawei secara rasminya telah menjual aset perniagaan HONOR kepada Shenzhen Zhixin New Information Technology Co. Ltd.

Keputusan penjualan ini adalah datangnya dari HONOR yang mahu jenama mereka terus boleh hidup disebabkan sekatan Amerika Syarikat ke atas Huawei.

Namun begitu, disebabkan penjualan HONOR ini juga, mereka mungkin akan menerima kembali akses kepada servis Google disebabkan HONOR sudah tidak terlibat lagi dengan jenama Huawei.

Buat masa ini, HONOR masih lagi menggunakan sistem perisian MagicUI berasaskan HMS dan masih belum muncul kenyataan rasmi dari HONOR mengenai kebarangkalian mereka menerima akses dari Google.

Mungkin kita akan mendengar maklumat lebih lanjut mengenai hala tuju HONOR selepas penjualan Huawei pada masa akan datang.

 

Berkaitan