Honor Memperlihatkan Keupayaan Kamera Honor 9X Pro Dan 9X Pada Situasi Kurang Cahaya

Baru-baru ini honor telah mengumumkan akan memperkenalkan kepada dunia peranti terbarunya iaitu Honor 9X tidak lama lagi. Kali ini, Honor sekali lagi membuat teaser mengenai kehebatan kamera peranti terbarunya itu dengan menunjukkan beberapa imej yang berada dalam situasi kurang cahaya.

Dua poster muncul pada website rasmi Honor iaitu Weibo, yang memperlihatkan jenis foto cahaya rendah yang boleh diambil oleh 9X Pro.



Sementara itubeberapa gambar dalam keadaan kurang cahaya yang dikatakan diambil oleh Pro 9X muncul, sekali lagi menunjukkan hasil yang mengagumkan dalam keadaan kurang cahaya.


Honor 9X dan 9X Pro dijangka akan hadir dengan kamera yang bersaiz 48MP dan 2MP yang sama. Sementara itu, kamera ketiga 8MP (sudut lebar) dijangka hanya pada model Pro 9X.

Kedua-dua peranti ini akan hadir dengan cipset Kirin 810 dan diklasifikasikan sebagai peranti bertaraf mid-range terkini. Kedua-dua peranti ini juga akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,900 mAh dan skrin Ips Lcd beresolusi penuh HD + 6.59 inci. Kedua-dua model 9X ini mempunyai kamera selfie bersaiz 24MP.