Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Memperkenalkan Aplikasi AI “Pocket Vision”

HONOR Memperkenalkan Aplikasi AI “Pocket Vision”

Diterbitkan September 9, 2019 oleh irfan suhaimee

HONOR Memperkenalkan Aplikasi AI “Pocket Vision”

HONOR yang juga merupakan sub kepada syarikat pengeluar telefon pintar dunia Huawei baru-baru ini telah  melancarkan aplikasi PocketVision yang dikuasakan dengan Ai yang memudahkan pengguna yang mempunyai masalah penglihatan.

Aplikasi PocketVision ini, terdapat pada peranti terbaru keluaran HONOR iaitu HONOR 20 dan HONOR 20 PRO yang mampu menyampaikan alternatif mudah alih dan mampu memberi pengalaman membaca yang lebih baik untuk para pengguna.

PocketVision mempunyai tiga mod utama untuk membantu para pengguna membaca dengan lebih jelas.

  • Mod Teks-ke-Ucapan; yang dikuasai oleh HONOR HiAI dan Teknologi Pengiktirafan Karakter Optik (OCR), mod ini membantu untuk menukar gambar ke teks dengan lebih cepat dan lebih tepat. Ia kemudian menyampaikan teks dari buku, dokumen, menu dan banyak lagi dengan lebih mudah.
  • Mod Zum-Dalam; dengan menggunakkan empat lensa kamera 48 MP HONOR 20 dan HONOR 20 PRO dan lensa telefoto 8MP untuk ultra-kejelasan, mod ini membolehkan pengguna untuk zoom ke dalam teks menggunakan butang volume pada peranti, menjadikan teks yang kecil menjadi besar, kurang kabur dan lebih mudah untuk dibaca.
  • Mod Imej Negatif; menyediakan pelbagai penapis warna untuk menyerlahkan warna teks, mod ini meningkatkan kontras bahan bercetak untuk orang yang mempunyai masalah untuk melihat warna tertentu.

image001 (2)

Menurut Presiden HONOR, George Zhao,

“Di HONOR, kami percaya kepada usaha inovasi tanpa henti; mewujudkan teknologi canggih yang memberi impak positif kepada dunia. Memanfaatkan kuasa keupayaan generasi AI HONOR 20 dan HONOR 20 PRO dan teknologi kamera bertaraf pro-gred, PocketVision bertujuan untuk mengetengahkan medan bermain bagi golongan yang cacat penglihatan, memberikan komuniti ini satu penyelesaian mudah alih dan berpatutan kepada alat bantu membaca yang lain yang terdapat di pasaran. Dalam melancarkan aplikasi ini, kami berharap dapat mencipta pengalaman membaca yang dipertingkatkan untuk para pengguna di seluruh dunia, membolehkan mereka merasakan lebih bebas dan memberi pengguna yang mempunyai masalah penglihatan untuk lebih yakin untuk menaikkan potensi diri mereka.”

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY