Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 20 Series New Price

Harga Siri HONOR 20 Diturunkan – Potongan Sehingga RM300

Diterbitkan November 25, 2019 · Dikemas kini November 25, 2019 oleh Meor Hasyim

HONOR Malaysia telah mengumumkan harga jualan baharu untuk siri HONOR 20. Bermula hari ini pelanggan boleh membeli kesemua model pada siri HONOR 20 dengan tawaran yang lebih berbaloi. HONOR 20 Pro boleh dibeli pada harga RM1,999, HONOR 20 pada harga RM1,399, manakala model HONOR 20 Lite pada harga RM799.

HONOR 20 Series New Price

Sebagai perbandingan dengan harga lama:

HONOR 20 PRO (8+256GB)

  • Harga lama – RM2,299
  • Harga baharu – RM1,999 dengan 2 tahun waranti

HONOR 20 (6+128GB)

  • Harga lama – RM1,699
  • Harga baharu – RM1,399 dengan 2 tahun waranti

HONOR 20 Lite

  • Harga lama – RM949
  • Harga baharu – RM799

HONOR 20 PRO dan HONOR 20 merupakan sebahagian daripada kempen “Rileks, Beli Je” yang memberi penambahan 1 tahun waranti untuk setiap pembelian bermula 1 Oktober – 31 Disember 2019. Jadi, tempoh waranti akan menjadi 2 tahun dan ia boleh ditebus melalui aplikasi HiCare dalam tempoh 7 hari pembelian peranti.

Dengan waranti 2 tahun tersebut, ia akan meliputi kos pembaikan serta barang ganti 100% asli.

Untuk mengetahui kempen “Rileks, Beli Je” dengan lebih lanjut, sila layari laman rasmi HONOR Malaysia.

Anda juga boleh layari laman rasmi dan Facebook rasmi HONOR Malaysia untuk ketahui maklumat lain mengenai produk HONOR.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY