HONOR Malaysia Tunda Pelancaran HONOR 9X Pro Dan Dua Peranti Lain

Terdahulu, HONOR Malaysia mengumumkan barisan produk Intelligent Lifestyle, terdiri daripada HONOR 9X Pro, MagicBook dan MagicWatch akan dilancarkan pada 24 Mac depan.

Namun oleh kerana Arahan Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan bermula hari ini hingga 31 Mac, acara  tersebut terpaksa ditangguhkan. Buat masa sekarang, HONOR Malaysia belum menyatakan tarikh baru untuk pengenalan ketiga-tiga peranti tersebut.

Imbas kembali, HONOR 9X Pro, menawarkan paparan 6.59 inci, cip Kirin 810, RAM 6GB bersama storan 256GB. Tugas rakaman kamera pula diberikan kepada tiga kamera belakang, 48MP+ 8MP + 2MP. Sementara bahagian hadapan pula digalas oleh kamera terangkat 16MP.

HONOR MagicBook pula menampilkan cip AMD Ryzen 5 3500U yang digandingkan bersama RAM 8GB dan memori SSD bersaiz 512GB. Selain itu, bagi mengemaskini penawaran sedia ada, HONOR Malaysia juga merancang untuk memperkenalkan MagicWatch 2 Rose Gold. Ia datang dengan skrin 1.2 inci AMOLED, mikrofon dan pembesar suara terbina, storan dalaman 4GB serta kalis air 50m.