Honor Malaysia Mahu Hadiahkan Satu-Satunya Note 10 Di Malaysia Kepada Seorang Pemenang Bertuah

Honor Malaysia masih belum melancarkan peranti Honor Note 10-nya secara rasmi di pasaran Malaysia. Namun, satu perkara yang agak mengejutkan apabila mereka menawarkan satu-satunya peranti Honor Note 10 rasmi daripada Honor Malaysia untuk dimenangi oleh seorang pemenang bertuah.

Caranya mudah sahaja,  anda hanya perlu meninggalkan komen di bebenang pertandingan ini yang dikirimkan di laman rasmi Honor Club Malaysia. Pastikan dalam komen anda disertakan perkara-perkara berikut :

  • mempunyai model peranti lama milik anda yang mahu digantikan(tidak semestinya peranti Honor) dengan Honor Note 10

  • tanda pagar #Change for better

  • beritahu mengapa anda mahu bertukar kepada Honor Note 10 daripada peranti lama milik anda

  • Jangan lupa ajak rakan-rakan untuk 'Like' komen anda tersebut




Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, tidak kira sama ada anda pengguna peranti Honor atau pun tidak. Tempoh pertandingan ialah dari 24 Ogos dan akan berakhir pada 6 September.

Komen dengan jumlah likes tertinggi akan diumumkan sebagai pemenang bertuah pada 7 September. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, anda boleh ke laman rasmi Honor Club Malaysia.

Cepat, jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi satu-satunya pemilik Honor Note 10 di Malaysia! Sertai pertandingan ini sekarang.

 

Sumber

 

Berkaitan