HONOR Mahu Lancar Peranti 5G Mereka Pada Separuh Kedua 2019

Pengeluar peranti dari China, HONOR dikatakan merancang untuk memperkenalkan telefon pintar dengan sokongan 5G pada separuh kedua tahun ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden HONOR, George Zhao kepada Android Authority dalam satu temuramah semasa majlis pelancaran HONOR View20 di Paris tempoh hari.

Sebelum ini, beberapa pengeluar lain telah mengesahkan akan melancarkan peranti 5G mereka lebih awal seperti Xiaomi, OnePlus, Samsung dan Huawei.

Kapsyen: Gambar Hiasan, HONOR View20


Ia jelas agak berlainan dengan kenyataan Zhao pada September tahun lepas, apabila beliau memberitahu bahawa HONOR akan menjadi pengeluar pertama bagi peranti 5G.

Bercakap mengenai sambungan 5G, syarikat induk HONOR, Huawei ketika ini sedang berdepan cabaran untuk menempatkan teknologi 5G mereka di beberapa negara atas faktor-faktor keselamatan.

Sehubungan dengan itu, ia mungkin akan memberi sedikit masalah untuk HONOR memasarkan produk 5G mereka ke beberapa pasaran kelak.

Bagaimanapun, melihat kepada situasi sekarang, peranti 5G HONOR dijangka tidak mempunyai masalah untuk didagangkan ke Malaysia.

 

Sumber: Android Authority