HONOR MagicWatch 2 Sakura Gold Hadir Untuk Pasaran Tempatan Berharga RM799

HONOR MagicWatch 2 bukannya jam pintar terbaharu kerana ia memang sudah lama dilancarkan dan dijual di Malaysia pada Disember 2019 lalu. Namun ketika itu terdapat varian warna yang masih belum dibawa masuk seperti Sakura Gold.

Bersama-sama perasmian HONOR 9X PRO, pihak HONOR juga turut membawa masuk pilihan warna Sakura Gold untuk MagicWatch 2. Untuk pilihan warna ini, ia hanya tersedia pada model MagicWatch 2 42mm sahaja. Mengenai spesifikasi jam, ia menawarkan paparan bersaiz 1.2 inci AMOLED dengan ketahanan bateri 7 hari. Terdapat cip Kirin A1 yang turut sama menyokong Bluetooth 5.1 dan juga dwi-frekuensi GPS.

Honor MagicWatch 2 hands-on review - GSMArena.com news

Untuk fungsi tahan lasak, ia mampu bertahan sehingga 5 ATM. Storan dalaman pula bersaiz 4GB yang boleh digunakan untuk menyimpan lagu. Jam ini juga turut berfungsi sebagai alat kesihatan dengan 15 mod kecergasan. Ia merangkumi dari aktiviti larian, mendaki, berbasikal, triatlon sehinggalah kepada berenang dan lain-lain.



Harga jualan HONOR MagicWatch 2 adalah RM799. Jualan adalah bermula esok (8 April 2020) secara dalam talian di laman rasmi HONOR Malaysia dan juga Shopee. Selagi stok masih terhad, anda juga boleh mendapatkan fon telinga HONOR Sport Pro percuma untuk setiap pembelian.