HONOR MagicBook Pro 2020 Dikemaskini Dengan Cip Intel Gen-10 Dan Grafik Nvidia MX350

HONOR kini baru selesai melancarkan komputer riba MagicBook Pro versi tahun 2020 ketika acara Smart Life Product Launch yang bertempat di China.

Kemaskini versi terbaharu ini membawakan spesifikasi lebih berkuasa dengan penggunaan cip Intel Gen-10 dalam pilihan Core i5 atau i7 dan kad grafik Nvidia GeForce MX350 DDR5 2GB.

Bahan binaannya diperbuat dari aloi aluminium dengan hanya seberat 1.7kg dan tebal 16.9mm.



Paparan komputer riba MagicBook Pro menggunakan panel IPS LCD Full HD berukuran 16.1 inci. Bezelnya kini dinipiskan kepada 4.9mm menjadikan nisbah skrin ke badan hanya 90%. Paparan ini juga menyokong 100% sRGB dan diiktiraf piawaian TUV Rheinland.

Honor MagicBook Pro refreshed for 2020: 16.1'' screen, 10th gen Intel CPUs, X65 TV also revealed

HONOR MagicBook Pro turut hadir dengan kamera web 1MP yang diletakkan dalam papan kekunci sama seperti kebanyakan komputer riba Huawei dan HONOR yang lain.

Terdapat pembesar suara diletakkan pada bahagian kiri dan kanan papan kekunci dan butang kuasanya turut diintegrasikan dengan pengimbas cap jari. RAM dimuatkan sebanyak 16GB dan storan dalaman adalah sebesar 512GB SSD.



Ciri-ciri lain komputer riba antaranya adalah sokongan Wi-Fi 5, MIMO 2x2, dan Bluetooth 5.0. Dari segi I/O terdapat 1 USB-C, 3 USB-A, 1 HDMI, dan 1 bicu 3.5mm. Ia dikuasakan oleh 56Wh dan mampu bertahan selama 14 jam penggunaan ringan.

Ketika ini HONOR MagicBook Pro hanya dijual di China berharga CNY 5,999 (~RM3,664) untuk model i5 dan CNY 6,699 (~RM4,092) untuk model i7.