HONOR MagicBook 14, MagicBook 15, Dan MagicBook Pro Diumumkan Dengan Cip AMD Ryzen 4000

Hari ini seperti yang dijanjikan oleh HONOR, mereka telah melancarkan komputer riba MagicBook popular yang terkini. Apa yang menarik adalah ia dijana cip AMD Ryzen 4000 yang terkini. Komputer riba tersebut diumumkan dalam 3 model utama iaitu MagicBook 14, MagicBook 15, dan MagicBook Pro.

MagicBook 14


Seperti namanya, ia merupakan komputer riba 14 inci dengan panel LCD Full HD. Untuk cip ia dijana oleh AMD Ryzen 4500U atau Ryzen 7 4700U. Ia tidak mempunyai kad grafik berasingan dan hanya menggunakan grafik Radeon terbina dalam cip AMD tersebut.

Image

  • AMD Ryzen 5 4500U / Ryzen 7 4700U

  • 16GB RAM DDR4 2133MHz

  • 512GB PCIe NVMe SSD

  • 14 Inci Full HD LCD


Untuk harga jualan, terdapat 2 model yang ditawarkan iaitu:

  • Ryzen 5, 16GB + 512GB = 3,999 Yuan (~RM2,441)

  • Ryzen 7, 16GB + 512GB = 4,499 Yuan (~RM2,746)


MagicBook 15


MagicBook 15 merupakan komputer bersaiz sedikit lebih besar dengan panel 15.6 inci. Spesifikasinya kebanyakannya sama dengan MagicBook 14 namun dalam dimensi komputer riba yang lebih besar.

Image

  • AMD Ryzen 5 4500U / Ryzen 7 4700U

  • 8GB/16GB RAM DDR4 2133MHz

  • 245GB/512GB PCIe NVMe SSD

  • 15.6 Inci Full HD LCD


Menariknya, model asas MagicBook 15 mempunyai konfigurasi spesifikasi dan harga jualan yang sedikit rendah.

  • Ryzen 5, 8GB + 245GB = 3,599 Yuan (~RM2,195)

  • Ryzen 5, 16GB + 512GB = 4,199 Yuan (~RM2,561)

  • Ryzen 7, 16GB + 512GB = 4,699 Yuan (~RM2,867)


MagicBook Pro


MagicBook Pro merupakan variasi MagicBook yang paling berkuasa dilancarkan. Berbeza dengan model lain, ia menggunakan cip Ryzen 5 4600H dan juga Ryzen 7 4800H yang lebih berkuasa.

Image

Selain itu, ia juga dimuatkan dengan 2 kipas untuk sistem penyejukan. Antara lain adalah skrin panel 16.1 inci FHD lebih besar.

  • AMD Ryzen 5 4600H / Ryzen 7 4800H

  • 16GB RAM DDR4 2133MHz

  • 512GB PCIe NVMe SSD

  • 16.1 Inci Full HD LCD


Terdapat 2 model yang ditawarkan iaitu:

  • Ryzen 5 4600H, 16GB + 512GB = 4,699 Yuan (~RM2,867)

  • Ryzen 7 4800H, 16GB + 512GB = 5,199 Yuan (~RM3,172)


Antara ciri lain kesemua MagicBook adalah pengecasan berasaskan USB-C (65W), kamera web pop-up pada papan kekunci, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan juga Huawei Multi-Screen Collaboration untuk perkongsian fail.

Buat masa ini, tidak diketahui lagi pelancarannya untuk pasaran Malaysia.