HONOR MagicBook 14 Bakal Hadir Di Malaysia 6 Julai Ini

HONOR hari ini telah mengesahkan HONOR MagicBook 14 akan tiba di Malaysia pada 6 Julai 2020. Ia merupakan model kedua MagicBook yang dilancarkan di Malaysia pada tahun ini.

Hadir dengan paparan IPS LCD bersaiz 14 inci, MagicBook 14 mempunyai berat 1.38kg iaitu lebih ringan berbanding yang ditawarkan pada model sebelumnya. Dari segi spesifikasi, tidak banyak bezanya berbanding HONOR MagicBook.



MagicBook 14 dijana cip pemproses AMD Ryzen 5 3500U dengan integrasi grafik Radeon Vega 8. Pada bahagian memori pula, ia dilengkapi dengan RAM 8GB DDR4.

Selain itu, HONOR MagicBook 14 menyokong pengecasan pantas 65W type-C dengan pengisian dari 0% hingga 46% hanya mengambil masa sekitar 30 minit. Menurut HONOR, ia mempunyai jangka hayat sehingga 10 jam penggunaan.

Komputer riba ini turut mempunyai kamera web terbina dalam papan kekunci yang diletakkan di antara butang F6 dan F7.

honor magicbook 14 malaysia

Mengikut laman web HONOR, MagicBook 14 didatangkan dengan warna Mystic Silver dan hanya dimuatkan dengan storan 256GB SSD. HONOR masih belum mendedahkan harga bagi komputer riba ini. Dengan penawaran storan lebih kecil berbanding HONOR MagicBook, dijangka ia akan ditawarkan dengan harga yang lebih murah.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari HONOR pada 6 Julai ini.

Beli produk HONOR dari:
Lazada (https://invol.co/clpqab)