Honor Magic 2 - Mungkin Muncul Sebagai Peranti Kedua Dengan Cip Kirin 980 Bulan Ini

Huawei akan memperkenalkan peranti pertama dengan cip terbaru, Kirin 980 iaitu siri Mate 20 pada 16 Oktober ini. Tidak menunggu lama, Honor dijangka akan turut melancarkan peranti dengan cip yang sama pada 31 Oktober ini iaitu Honor Magic 2.

Ia berdasarkan satu video acah yang muncul di laman YouTube baru-baru ini. Diakhir video tersebut telah memaparkan tarikh 31 Oktober, yang dipercayai menjadi tarikh untuk memperkenalkannya secara rasmi.

https://youtu.be/H5d2iMobnQY

Kredit : Tech News


Keistimewaan lain yang ada pada peranti ini ialah sistem paparan boleh luncurnya. Melihat kepada video di atas, ia diluncurkan secara manual. Ciri ini sekaligus membolehkan Honor Magic 2 ini dibina tanpa rekaan takuk pada paparan hadapan.

Setakat ini, masih belum ada sebarang maklumat yang boleh dipercayai mengenai spesifikasi lain bagi Honor Magic 2 ini. Apa yang diharapkan, ia akan turut dipasarkan di peringkat global dan bukannya di pasaran China sahaja seperti Honor Magic sebelum ini.

 

Sumber : PlayfulDroid