HONOR Lanjut Kempen “Rileks, Beli Je! 1+1 Tahun Tempoh Jaminan Lanjutan”

Reading Time: 2 minutes

Jenama HONOR hari ini mengumumkannya bahawa kempen “Rileks, Beli Je! 1 + 1 Tahun Tempoh Jaminan Lanjutan” telah dilanjutkan kepada 31 Disember 2019 untuk HONOR 20 dan HONOR 20 Pro supaya pengguna di Malaysia dapat terus menikmati telefon pintar ini tanpa perlu risau.

Kempen ini menawarkan satu tahun jaminan tambahan yang  memberi kelebihan kepada pengguna untuk menerima waranti selama dua tahun.

Waranti ini boleh ditebus melalui aplikasi HiCare dalam masa 7 hari dari pembelian. Pelan ini akan memberi perlindungan yang meluas terhadap kos pembaikan daripada bahagian penyelenggaraan rasmi HONOR dengan menggunakan 100% alat ganti yang asli.

Ikuti langkah ini untuk menebus tawaran:
Langkah 1: Lancarkan aplikasi HiCare (pre-installed) pada peranti HONOR anda, klik “Extended Warranty Plan” di bahagian atas skrin
Langkah 2: Kemas kini versi HiCare seperti yang dinyatakan oleh sistem
Langkah 3: Anda memerlukan ID Huawei untuk menebus Tempoh Jaminan Lanjutan
Langkah 4: Klik pada “Click Here Now” untuk menebus Tempoh Jaminan Lanjutan anda. Pelanggan diharuskan untuk menuntut waranti lanjutan tersebut (tambahan 1 tahun) dalam tempoh 7 hari dari pembelian.
Langkah 5: Permohonan untuk mengesahkan yang anda sudah berjaya menebus dan memenerima Pelan Jaminan Lanjutan

Maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila lihat hihonor.com.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *