HONOR Lancar TV Pintar, Router, Vakum Dan Beberapa Perkakasan Rumah Pintar

Selain memperkenalkan HONOR MagicBook Pro yang diberi nafas baru, HONOR ViewPad 6 dikuasakan oleh Kirin 985, syarikat pengeluar tersebut turut membariskan beberapa produk yang lain.
HONOR Vision X1

Antara yang dipersembahkan pada pentas pelancaran malam ini adalah HONOR Vision X1 yang menawarkan paparan 8K. Ia mempunyai dua pilihan saiz iaitu 55 inci serta 65 inci dengan setiap satunya dilengkapi 4 pembesar suara 10W.



Diperkenalkan sebagai TV pintar, Vision X1 mempunyai arahan pembantu selain daripada sokongan kawalan jarak jauh melalui telefon pintar HONOR.

Harga jualan adalah bermula dari 2299 yuan (~RM1407) sehingga 3299 yuan (~RM2020).
HONOR Router 3

Merupakan router pertama HONOR yang mempunyai sokongan WiFi 6 dan menawarkan dua frekuensi 2.4GHz serta 5GHz. Bahagian dalam router ini dimuatkan dengan pemproses 1.2GHz bersama-sama memori 128MB.



Mempunyai 4 antena untuk sambungan internet yang lebih baik, Router 3 menyediakan port gigabit ethernet di bahagian belakang. Selain itu, bagi sistem pengurusan ia mempunyai ciri seperti rangkaian WiFi untuk tetamu serta kawalan ibu bapa keatas penggunaan dalam talian anak-anak.

Harga jualan peranti ini di China ditetapkan pada nilai 219 yuan iaitu sekitar ~RM135. Penawaran untuk pasaran luar China akan bermula pada bulan Julai.
HONOR Choice

Turut sama diumumkan pada acara pelancaran kali ini adalah peranti HONOR Choice. Ia merupakan barisan peranti pintar yang terdiri daripada fon telinga TWS, vakum pintar, berus gigi pintar ultra-sonic serta beberapa lagi.

HONOR Earbuds X1- Fon telinga HONOR Earbuds X1 menawarkan penggunaan bateri sehingga 24 jam dan mempunyai dwi mikrofon. HONOR menyatakan ia beroperasi pada latensi rendah untuk mengurangkan lag ketika penggunaan.

HONOR Smart Vacuum

Vakum ini tampil dengan motor 350W yang berkuasa sehingga 100,000 RPM. HONOR mengatakan ia boleh digunakan dalam tempoh sehingga 65 minit untuk satu pengecasan penuh. Terdapat juga sistem pembersihan penstrilan ultraviolet yang mana ia dikatakan menyingkarkan bakteria pada sebarang permukaan secara efektif.



Produk-produk ini bakal ditawarkan di Malaysia, Perancis, Jerman, Itali, UK, Sepanyol, Belanda, Republik Czech, Finland, Arab Saudi, Mesir, UAE, Indonesia, Thailand, Mexico serta India.