HONOR Lancar Laptop Dan Jam Tangan Pintar Terbaru Di Malaysia

Sudah diperdengarkan sejak minggu lalu lagi, HONOR Malaysia kini rasmi melancarkan dua peranti terbaru berupa laptop dan jam tangan pintar. Peranti yang dimaksudkan adalah HONOR MagicBook Pro dan HONOR Watch GS Pro, dimana ia disasarkan kepada golongan belia profesional.



HONOR MagicBook Pro versi ini pertama kali muncul pada acara IFA 2020 bulan lalu. Mengemaskini penawaran tahun lepas, HONOR MagicBook Pro kini dilengkapi dengan cip AMD Ryzen 5 4600U serta integrasi grafik dari AMD Radeon.



Saiz paparan adalah 16.1 inci dari jenis IPS yang mempunyai resolusi 1920 x 1080p. Ia hadir dengan berat 1.7kg, laptop ini dimuatkan dengan RAM 16GB (DDR4 2666MHz) dan storan SSD berkapasiti 512GB PCIe NVMe.

Dari segi sambungan ia datang dengan 3x USB 3.2, 1x USB-C, 1x HDMI, dan 1x bicu audio 3.5mm.

Bagi sebuah lagi penawaran iaitu Watch GS Pro, ia tampil dengan beberapa mod penjejakan kesihatan serta sukan. Ia juga dilengkapi dengan fungsi GPS serta mempunyai keupayaan kalis air 5ATM.



Menurut HONOR, jam tangan pintar ini mampu bertahan untuk penggunaan selama 24 hari bagi sekali pengecasan penuh.

Masing-masing akan mula dijual bermula 8 Oktober 2020 ini dimana ia akan diletakkan pada tanda harga RM999 dan RM3599.