HONOR Beri Peluang Peminat Untuk Menangi View20 Melalui Pertandingan "See The Unseen"

HONOR View20 boleh dikatakan sebagai sebuah peranti yang sangat berjaya bagi permulaan tahun 2019 untuk syarikat dari China tersebut. Ia telah mendapat sambutan hangat oleh peminat sejak dilancarkan di pasaran Malaysia pada hujung bulan lepas.

Peranti tersebut hadir dengan sistem kamera berkualiti tinggi 48MP Sony IMX586 yang menjanjikan kualiti gambar yang sangat baik.

Ia ditambah pula dengan teknologi dwi-NPU dan dwi-ISP yang ada pada cip Kirin 980 yang membantu meningkatkan prestasi perprosesan imej dan kamera.

Kapsyen: HONOR


Dalam pada itu, HONOR telah memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk telefon pintar kelas perdana terbaru mereka HONOR View20 melalui satu pertandingan fotografi yang dinamakan sebagai "See The Unseen".

Pertandingan itu sedang dijalankan bermula dari 7 Februari yang lalu dan sehinggalah 25 Mac ini.

Peminat boleh menghantar penyertaan dengan memuatnaik gambar yang diambil menggunakan mana-mana peranti HONOR secara terus ke HONOR Gallery atau memuatnaik gambar yang diambil menggunakan tanda pagarĀ #SeeTheUnseen dan#HONORMade.

HONOR View20 ditawarkan pada harga RM1,999 bagi modek 6GB+128GB manakala variasi 8GB+256GB pula dipasarkan pada harga RM2,499.

 

Sumber: HONOR MY