HONOR Band 5 Terima Kemaskini Ciri Memantau Kepekatan Oksigen Dalam Darah

Baru-baru ini, HONOR telah mengumumkan bahawa ciri pemantauan Kadar Oksigen dalam Darah (SpO2) dan kawalan muzik akan ditambah ke HONOR Band 5 melalui kemas kini perisian OTA (over-the-air) bermula dari 29 September. Ia menjadikan aksesori ini lebih menarik untuk mereka yang mencari penjejak kecergasan bercirikan semua-dalam-satu, dan penjejak waktu tidur.



Bertepatan kemas kini OTA dengan World Heart Day 2019, HONOR berharap untuk menggalakkan pengguna memberi perhatian lebih kepada kesihatan hati mereka.

Melalui teknologi terbaru Huawei TruSeen™, ia tersedia dengan pemantauan kadar jantung berterusan selama  24 jam, manakala teknologi TruSleep™ pula, menyediakan lebih daripada 200 cadangan disesuaikan untuk meningkatkan kualiti tidur.

HONOR Band 5 pada masa ini boleh didapatkan dengan harga RM139 bersempena dengan HONOR's Pay Day Sale di hihonor.com/my/ yang berlangsung sepanjang 27 September hingga 10 Oktober.

Pemantauan SpO2

Untuk membuat pemantauan, pengguna boleh mengakses melalui aplikasi Kesihatan Huawei dan klik "semak kemas kini". Ini akan menggesa Band 5 tersebut untuk dikemas kini secara automatik.

Selepas dikemas kini, pengguna boleh memilih pemantauan kadar oksigen dalam darah, klik untuk mula mengukur dan kemudian melihat keputusannya pada Band 5 itu sahaja.



Pengukuran kadar oksigen dalam darah ini adalah petunjuk utama kepada bekalan oksigen ke sel-sel dan tisu. Tahap oksigen darah antara 90% dan 100% adalah normal, manakala nilai SpO2 di bawah 89% boleh menjadi isyarat untuk menadapatkan nasihat daripada pakar perubatan.

Kawalan Muzik

Sebaik sahaja Band 5 dikemas kini dan kawalan muzik dihidupkan, para pengguna boleh menggunakannya untuk melihat serta mengendalikan aplikasi muzik kegemaran mereka terus dari pergelangan tangan. Aplikasi ini disokong  oleh Google Play Music, Spotify, Shazam, Youtube, muzik Huawei dan bermacam lagi.



Kawalan muzik ini hanya sesuai digunakan dengan telefon pintar yang menjalankan Android 5.0 dan ke atas. Huawei akan dijalankan pada versi 10.0.1.011 dan Band 5 akan menjadi veri 1.1.0.93.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemas kini menarik tentang HONOR Malaysia, sila lawati laman web dan portal E-dagang HONOR serta halaman Facebook rasmi di https://www.facebook.com/HonorMY/.