HONOR Band 5 Sport Edition Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM79

Jika anda aktif bersukan dan mahukan band pintar dengan yang berpatutan, anda boleh mencuba HONOR Band 5 Sport Edition. Bermula 11 November, HONOR Malaysia akan menawarkan band ini dengan harga RM79.

Ia hadir dengan fungsi kecergasan seperti Workout Form Guidance, Basketball Mode, dan Professional Running Guide. Selain itu, band ini menyokong ketahanan air sehingga 50m dan juga hayat bateri sehingga 14 hari. Rekaan band  ini diperbuat daripada plastik kitar semula yang ringan ketika dipakai. Ia hadir dalam pilhan pelbagai warna.



Untuk yang mahu mendapatkan harga lebih eksklusif, anda boleh membuat pra-tempahan dengan harga RM69 bermula pada 28 Oktober sehingga 10 November ini di Lazada.

Anda hanya perlu membayar RM11 duit muka ketika pra-tempahan dan baki RM58 akan dibayar selepas band ini rasmi dilancarkan di Malaysia pada 11 November kelak.

Berkaitan