HONOR Band 5 Ditawarkan Dengan Harga Ekslusif RM119 di 10.10 Lazada

Hari ini, jenama telefon pintar terkenal HONOR mengumumkan bahawa orang ramai akan dapat membeli HONOR Band 5 dengan harga yang istimewa secara eksklusif hanya di Lazada sebagai sebahagian daripada tawaran 10.10 HONOR. Tawaran ini hanya akan berlangsung selama satu (1) hari sahaja.



Ketika Band 5 ini dilancarkan, penjejak kesihatan ini diletakkan pada harga RM149 tetapi menerusi promosi ini, ia akan dijual pada harga RM119 mulai pukul 12 pagi pada 10 Oktober nanti.

HONOR juga akan menawarkan lebih banyak tawaran menarik di laman web rasmi e-dagang hihonor.com/my pada hari tersebut.



Orang ramai kini boleh memiliki sepasang HONOR FlyPods Lite dengan hanya RM299 (RRP RM349) dan HONOR Watch Magic yang dijual pada RM499 (RM 599). Jangan ketinggalan untuk melihat jualan HONOR's Pay Day  bagi mendapatkan tawaran hebat daripada produk-produk lain.



HONOR Band 5

Dilancarkan pada bulan lepas di Malaysia, HONOR Band 5 yang memaparkan pemantauan kesihatan 24/7 ini turut menerima kemas kini OTA (over-the-air) yang terbaru pada 29 September lalu.

Kini, pengguna boleh menikmati ciri-ciri seperti pemantauan kadar oksigen dalam darah (SpO2) dan kawalan muzik.

Pengguna boleh mengaksesnya melalui aplikasi Health Huawei dan klik "semak kemas kini" yang akan meminta band tersebut untuk dikemas kini secara automatik.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Malaysia dan HONOR Band 5, sila  lihat halaman Facebook rasmi di HonorMY untuk kemas kini yang menarik.