HONOR 9X Pro Akan Mula Dijual 17 April Ini Secara Dalam Talian

HONOR Malaysia hari ini mengumumkan peranti yang dilancarkan baru-baru ini, HONOR 9X Pro akan beralih kepada jualan dalam talian pada 17 April ini. Peranti ini pada mulanya dijadual akan dijual melalui HONOR Experience Stores (HES) di seluruh negara pada tarikh yang sama.

Penjualan dalam talian ini dilakukan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, yang juga membenarkan pengguna untuk membeli dengan selamat dan selesa dari rumah.

Jualan HONOR 9X Pro

HONOR 9X Pro hadir dengan paparan skrin HONOR FullView 6.59 inci dan dijana cip pemprosesan 7nm Kirin 810 AI. Turut melengkapkan peranti ini adalah tri-kamera 48MP dan cecair penyejukan untuk meningkatkan prestasi permainan.

HONOR 9X Pro dijual pada harga RM999 dan setiap pembelian terawal akan menerima HONOR Band 5i yang bernilai RM119 serta 50GB HUAWEI Cloud Storage. Jualan HONOR 9X Pro di Hihonor akan bermula pada 12 tengah malam, 17 April 2020.