HONOR 9X - Peranti Pintar Dengan Fungsi Menarik Bawah RM1,000

Baru sahaja dilancarkan di Malaysia, HONOR 9X menawarkan spesifikasi kelas pertengahan dengan fungsi-fungsi yang menarik bawah RM1,000. Secara keseluruhannya, ia membawakan pengalaman fotografi yang bagus, skrin yang besar, serta rekaan dan prestasi peranti yang baik.

Dengan harga yang dijual bawah RM1,000, HONOR 9X merupakan antara peranti yang patut anda masukkan dalam senarai 'wishlist'. Jadi, terdapat beberapa fungsi menarik mengenai peranti ini yang patut diketahui sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

Skrin luas tiada takuk


HONOR 9X didatangkan dengan skrin besar bersaiz 6.59 inci LCD beresolusi FullHD+. Jika anda gemar menonton video dan bermain permainan, ini merupakan antara skrin besar yang anda boleh dapatkan untuk peranti pintar.



Ia juga tidak mempunyai takuk yang mengganggu pengalaman menggunakan skrin. Dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 91%, ia merupakan antara skrin paling luas untuk tatapan mata. Rekaan dagu peranti pula bersaiz kecil yang setanding dengan penawaran peranti pada harga yang lebih premium.

Storan besar dengan sokongan kad MicroSD


Dengan storan sebesar 128GB, anda pasti tidak mempunyai masalah untuk memuatkan puluhan malah ratusan aplikasi serta permainan menggunakan peranti ini. Pengguna di Malaysia bernasib baik kerana HONOR 9X versi tempatan hanya menawarkan pilihan storan terbesar 128GB. Di China, storan dalaman hanya bermula pada 64GB sahaja.

Honor 9X launches globally in the face of uncertainty

Jika storan dalaman tidak mencukupi, peranti ini juga menyokong penggunaan kad mikroSD sehingga 512GB jadi anda boleh menambah lagi bilangan kandungan multimedia termasuklah gambar, video dan juga muzik. Dengan ini, anda tidak lagi risau dengan muatan digital anda yang banyak ke dalam peranti ini.

3 kamera dengan 48MP utama


Dengan populariti trend meletakkan kamera dengan saiz MP tinggi dalam kamera utama, HONOR juga tidak terkecuali. Untuk HONOR 9X, ia mempunyai kamera utama bersaiz 48MP yang setara dengan penawaran peranti popular lain pada harga yang rendah.

Menggunakan kamera utama 48MP tersebut, gambar akan lebih tajam dengan perincian yang tinggi walaupun sudah dizum. Terdapat juga pilihan lensa ultralebar 8MP yang boleh memuatkan objek dengan lebih banyak lagi tanpa perlu bergerak ke belakang. Lensa yang ketiga adalah 2MP depth yang membantu ketika menangkap gambar potret untuk pemisahan subjek dengan latar belakang.



Disebabkan tiada takuk, kamera swafoto 16MP dimuatkan dalam badan peranti dan akan muncul melalui mekanisme terangkat. Menggunakan bantuan AI yang terbina dalam perisian kamera, ia akan memastikan warna gambar lebih ceria dan cantik untuk diperlihat

Bateri 4,000mAh untuk penggunaan sepanjang hari


Penggunaan peranti dengan hayat bateri yang lama merupakan antara faktor utama dalam pembelian peranti pintar. Untuk itu, HONOR 9X menawarkan bateri berkapasiti besar 4,000mAh untuk operasi peranti pintar dalam jangka masa panjang.



Ia walau bagaimanapun tidak menyokong mana-mana pengecasan pantas jadi pengecasan penuh sehingga 100% akan mengambil masa sekitar 2 jam sahaja. Bateri yang besar ini akan memastikan ketahanan bateri peranti sepanjang hari adalah pada tahap yang memuaskan.

Sokongan Google Mobile Service


Jika anda skeptikal dengan sokongan servis dan aplikasi Google, anda tidak perlu risau kerana HONOR 9X ada sokongan Google Mobile Services secara rasmi. Dengan sokongan GMS tersebut, dijamin anda boleh menggunakan peranti tanpa gangguan perlu memasang aplikasi pihak ketiga ataupun terpaksa mencari alternatif aplikasi lain.



HONOR 9X akan mula dijual bermula 28 November pada harga RM999 dan boleh didapati melalui laman rasmi HiHonor, Shopee dan kedai rasmi HONOR. Pada 29 November pula, ia akan dijual secara global juga dalam kedai atas talian dan pengedar rasmi di Malaysia.

Dengan membeli HONOR 9X pada HiHonor, anda hanya perlu menambah RM0.99 sahaja untuk mendapatkan HONOR Sport Pro. Jika pembelian dilakukan melalui laman Shopee pula, anda berpeluang untuk mendapatkan satu kotak hadiah HONOR dan juga HONOR Band 5 Sport percuma. Pada 28 November hingga 1 Disember pula anda boleh mendapat HONOR Sport Pro. Manakala dari 29 November hingga 1 Disember, hadiah yang sama boleh didapati melalui kedai fizikal rasmi HONOR.