HONOR 9X Lite Dengan Aplikasi Google Diumumkan Pada Harga RM699, Jualan Bermula 28 Mei 2020

Seperti dilaporkan seminggu yang lalu, HONOR Malaysia kini telah mengumumkan penawaran telefon terbaharu, HONOR 9X Lite. Merupakan ahli baru dalam siri HONOR 9X, ia bakal dijual pada harga RM699 bermula pada esok, 28 Mei 2020.

Sepertimana nama yang dibawa, versi Lite ini dimuatkan dengan spesifikasi lebih rendah sedikit berbanding HONOR 9X. Bahagian hadapan dipasang dengan paparan LCD 6.5 inci FHD+, cip Kirin 710F, RAM 4GB dan storan 128GB yang menyokong kad MikroSD.



Turut membezakan versi Lite dengan 'abangnya' adalah dwi kamera belakang yang memuatkan 48MP dan 2MP untuk bantuan rakaman bokeh. Rakaman hadapan digalas oleh kamera 8MP yang ditempatkan pada rekaan takuk.

Seperkara yang perlu anda tahu, HONOR 9X Lite lengkapi dipasarkan dengan aplikasi GMS seperti HONOR 9X, dan bukan seperti HONOR 9X Pro.



Jualan akan dibuka pada platform Hihonor dan ia menyediakan barangan percuma berupa HONOR Powerbank + baucar Hihonor RM70 yang kesemuanya bernilai RM219. Sementara itu, penawaran di Shopee pula akan diiringi dengan HONOR Powerbank bernilai RM149.

Turut sama mengiringi jualan HONOR 9X Lite adalah HONOR Magic Earbuds yang dibuka jualannya pada harga promosi RM399 (harga sebenar RM499) serta alat penimbang HONOR Scale 2 yang bernilai RM99.

Beli HONOR 9X Lite dari Hihonor dan Shopee.