HONOR 9X Lite Akan Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

HONOR Malaysia hari ini mengumumkan bahawa HONOR 9X Lite bakal tiba ke dalam pasaran tempatan tidak lama lagi. Kedatangan versi Lite ini bakal menemani dua versi sebelumnya iaitu HONOR 9X dan HONOR 9X Pro, dimana masing-masing sedia dilancarkan pada November 2019 dan April yang lalu.



Bagi versi Lite ini, ia dipasang dengan skrin paparan lebih kecil sedikit iaitu 6.5 inci serta menyokong resolusi FHD+.

Mempunyai takuk dibahagian atas paparan, ia menempatkan kamera hadapan 8MP f2.0. Sementara itu, rakaman bahagian belakang hanya mempertaruhkan dwi kamera, 48MP f1.8 dan 2MP depth f2.4.

HONOR 9X Lite dan HONOR 9X berkongsi cip yang sama iaitu Kirin 710F, tidak seperti versi Pro yang dikuasakan dengan Kirin 810. Gandingan memori menampilkan RAM 4GB bersama storan 128GB dan sokongan kad MikroSD sehingga 512GB.

Ia dibekalkan dengan bateri 3750mAh dan terdapat dua warna iaitu Emerald Green. Maklumat tentang harga penawaran dipasaran akan diberitahu kelak oleh HONOR Malaysia.