HONOR 9S Dilancarkan Pada Harga RM359

HONOR kini secara rasmi telah melancarkan peranti kelas permulaan, HONOR 9S untuk pasaran Malaysia.



HONOR 9S dilengkapi paparan 5.45 inci LCD dengan resolusi HD. Peranti ini dijana cip MediaTek Helio P22 dengan RAM 2GB dan 32GB storan dalaman. Ia turut menyokong slot kad micro-SD untuk penambahan storan sehingga 256GB.

Dari segi kamera, ia dimuatkan dengan tetapan dua kamera iaitu 8MP utama dan sensor mod panorama serta 5MP kamera swafoto. HONOR 9S menjalankan antaramuka Magic UI 3.1 yang berasaskan Android 10.

harga HONOR 9S

Antara ciri lain termasuk port pengecasan micro-USB, kapasiti bateri 3020mAh dan sebagainya. Peranti ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Red dan Blue.

harga HONOR 9S

HONOR 9S diletakkan pada harga jualan RM359 dan akan tersedia bermula 28 September 2020. Pembelian boleh dilakukan melalui Hihonor, HONOR Experience Store (HES) dan pengedar rasmi HONOR termasuk Shopee dan Lazada.

Setiap pembelian HONOR 9S juga akan menerima HONOR Thermo Flask, 15GB Huawei Cloud Storage dan 10% baucar potongan harga Tien Tien Yogurt.