Honor 8X Dijangka Bakal Tiba Di Malaysia 9 Oktober Ini

Baru-baru ini kami pernah melaporkan mengenai satu kiriman yang dibuat oleh laman Facebook rasmi honor Malaysia berkaitan video acah bagi satu peranti yang bakal dilancarkan kelak.

Persoalan mengenai model telefon pintar yang akan diperkenalkan itu hampir pasti sudah terjawab apabila kami menjangkakan peranti tersebut ialah Honor 8X. Ini kerana Wiser telah menerima satu jemputan ke satu majlis pelancaran pada 9 Oktober ini.



Dalam e-mel jemputan berkenaan, pihak Honor telah menggunakan frasa "Save The Date For Something Xtraordinary This 09.10.18"

Baca juga : Honor Beri Gambaran Peranti Baru Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Frasa "Xtraordinary" turut digunakan dalam mempromosikan siri Honor X sebelum ini, dimana ia digelar Xtraordinary Series oleh pihak Honor.

Kredit : Honor


Honor 8X akan hadir dengan cip Kirin 710 serta memori sehingga 6GB RAM dan simpanan dalaman sehingga 128GB. Ia juga akan didatangkan dengan dwi-kamera utama 20MP+2MP serta lensa tunggal 16MP bagi kamera swafoto.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada model Honor 8X Max yang menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 636 akan turut dilancarkan dalam majlis sama atau tidak.

Ikuti Facebook rasmi Honor Malaysia atau teruskan bersama kami untuk perkembangan terkini.