HONOR 8C Diperkenalkan Di Pasaran Malaysia, Hadir Dengan Snapdragon 632

Selepas melihat HONOR 8X mendapat sambutan hangat daripada pengguna, HONOR memperkenalkan pula HONOR 8C untuk pasaran tempatan hari ini.

Hadir dengan #Catbassador adalah merupakan sebuah peranti kelas pertengahan yang mempunyai beberapa ciri asas namun hadir dengan rekaan yang menarik.

Berlainan dengan peranti HONOR yang lain, peranti ini menggunakan cip Snapdragon 632 yang disokong oleh memori 3GB RAM serta simpanan dalaman 32GB.



Dari segi paparan pula, HONOR membekalkan model ini dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.26-inci HD+ bernisbah aspek 19:9.

Peranti ini juga dikuasakan oleh bateri yang agak besar iaitu 4000mAh dengan pengecasan mikroUSB 10W.

Untuk rakaman gambar pula, HONOR 8C ini menggunakan tetapan dwi-kamera utama berkuasa AI 13MP+2MP manakala lensa 8MP pula digunapakai untuk tangkapan swafoto.

Walaubagaimanapun, peranti ini masih lagi akan dijalankan dengan sistem operasi EMUI 8.2 berlandaskan Android Oreo 8.1.

HONOR 8C ini dipasarkan di pasaran tempatan dengan harga RM599 dan anda boleh mendapatkannya menerusi gedung Lazada bermula 27 Mac ini.

 

Sumber: HONOR Malaysia