HONOR 8C Bakal Dibawa Masuk Ke Pasaran Tempatan

Honor 8X kini menghampiri usia 5 bulan didalam pasaran tempatan dan ia bakal ditemani sebuah lagi peranti tidak lama lagi.

Memberi gambaran kedatangan HONOR 8C, satu poster acah telah dikongsikan HONOR Malaysia pada laman media sosial mereka.


Imej bateri dengan kapasiti beserta huruf "C" kelihatan pada poster acah tersebut, menguatkan lagi ia adalah model HONOR 8C.

Peranti ini terlebih dahulu dilancarkan di China dan India tahun lalu. Ia hadir bersama skrin paparan 6.26 inci (1520 x 720), Snapdragon 632, RAM 4GB, storan 32GB dengan sokongan MikroSD, dwi kamera 13MP+2MP, kamera swafoto 8MP dan kapasiti bateri 4000mAh.

Walaubagaimanapun, tarikh sebenar penawaran masih belum didedahkan oleh HONOR Malaysia.