Untuk HONOR 30 Pro+ yang baru sahaja dilancarkan, ia juga turut melalui kaedah yang sama. Menurut DxOMark, markah yang diterima oleh peranti ini adalah sebanyak 125. Melihat kepada keseluruhan carta, ia adalah peranti kedua dengan kamera yang bagus selepas Huawei P40 Pro+ yang mempunyai skor 128.
Sub-skor HONOR 30 Pro+ juga merupakan antara yang terbaik. Untuk kategori Photo, ia menerima markah sebanyak 136 dan Video sebanyak 104. Kedua-dua markah untuk kategori ini adalah yang terbaik selepas Huawei Pro 40+.
Menurut DxOMark, kekuatan kamera HONOR 30 Pro+ adalah julat dinamik yang tinggi, keseimbangan antara tekstur dan hingar, autofokus yang pantas, tahap hingar yang rendah pada imej sudut lebar, dan juga exposure yang baik walau ketika cahaya yang malap.
Salah satu faktor kekuatan kamera peranti ini adalah ia menggunakan sensor utama yang sama pada siri Huawei P40 iaitu IMX700. Namun sedikit pengorbanan terpaksa dilakukan pada HONOR iaitu terpaksa membuang OIS dan juga sensor warna.
Penambahan info, HONOR 30 Pro+ dilengkapi dengan lensa utama 50MP, lensa 8MP periskop, dan 16MP lensa sudut lebar.
Sumber: DxOMark
Berkaitan
- Imej Huawei Mate 40 Pro Perlihatkan Rupa Modul Kamera Yang Janggal
- OPPO Sahkan Mereka Sedang Bangunkan Cip Pemprosesan Untuk Peranti Pintar
- Muslim Pro Kini Berdepan Saman Oleh Pengguna Di Perancis Atas Isu Perkongsian Data
- Reaksi Awal Huawei P50 Pro - Rupa Beza, DNA Sama
- iPhone 11 Pro Kecundang Awal Dalam Ujian Perbandingan Kamera MKBHD
- Digi Dan MDEC Kerjasama Tubuh Program Bantu Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Disebabkan Covid-19
- HONOR 9X PRO Rasmi Berharga RM999 - Naik Taraf 9X Dengan Cip Kirin 810 Yang Lebih Berkuasa
- Redmi Note 9 Akan Hadir Di Malaysia 23 Mac Ini Tetapi Ia Bukannya Model Pro Atau Pro Max
- Sony Memperkenalkan Alpha 1 - Mirrorless Full Frame Professional Dengan Sensor 50MP
- Apple Sedang Menguji Panel 120Hz Untuk iPhone 12 Pro