HONOR 30, 30 Pro, Dan 30 Pro+ Dilancarkan - Kamera 50MP, Lensa Periskop, Dan Cip Kirin Terbaharu

Sebelum ini HONOR telah hadir dengan HONOR 30S yang merupakan model kelas pertengahan. Untuk model dengan spesifikasi lebih berkuasa yakni kelas flagship, ia tidak diumumkan sekali. Hari ini HONOR mengumumkan saki-baki model tersebut dalam 3 varian, model asas HONOR 30, model pertengahan HONOR 30 Pro, dan model paling berkuasa dengan kamera 50MP, HONOR 30 Pro+.

Sekilas mata memandang, boleh dikatakan kesemua model HONOR 30 ini merupakan versi mampu milik Huawei P40 memandangkan spesifikasi dan varian yang dilancarkan adalah lebih kurang sama. Namun masih ada kelainan yang mengasingkan antara dua jenama ini.

HONOR 30


Bermula dengan model asas HONOR 30, ia mempunyai saiz paling kecil dengan 6.53 inci OLED Full HD+. Terdapat lubang kamera memuatkan 32MP kamera swafoto dan turut menyokong pengimbas cap jari.

Honor 30 and 30 Pro come with OLED displays and periscope cameras

Kamera belakang pula dimuatkan dengan 40MP lensa utama dibantu 8MP lensa zum periskop dan 8MP sudut lebar. Antara perkara menarik mengenai peranti adalah ia menggunakan cip Kirin 985 yang terbaharu. Prestasinya adalah hampir dengan Kirin 990 pada peranti yang lebih mahal.

Honor 30 and 30 Pro come with OLED displays and periscope cameras

Konfigurasi memori pula terdapat dalam 3 pilihan iaitu 6GB/128GB, 8GB/128GB, dan 8GB/256GB.

Untuk bateri ia dimuatkan dengan kapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 40W. Terdapat 3 pilihan warna hitam, ungu, dan hijau. Peranti dijual pada harga bermula RMB 2,999 (~RM1,842).

HONOR 30 Pro


Model lebih berkuasa adalah HONOR 30 Pro. Skrinnya sedikit besar pada 6.57 inci OLED Full HD+. Kali ini terdapat lubang berbentuk pil yang memuatkan dua buah lensa swafoto 32MP utama+ 8MP sudut lebar pada paparannya.

Honor 30 and 30 Pro come with OLED displays and periscope cameras

Tetapan kamera belakang adalah sama dengan HONOR 30 iaitu 40MP utama dan 8MP lensa zum periskop namun untuk peranti ini ia menggunakan sensor 16MP untuk sudut lebar.

Cip dijana oleh Kirin 990 5G yang lebih berkuasa dengan pilihan memori 8/128GB dan 8/256GB. Bahagian bateri adalah sama iaitu mempunyai kapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 40W.

Honor 30 and 30 Pro come with OLED displays and periscope cameras

Untuk harga jualan ia dipasarkan bermula RMB 3,999 (~RM2,457) dalam pilihan 4 warna iaitu ungu, hitam, perak, dan hijau.

HONOR 30 Pro+


Bintang dalam siri HONOR 30 ini, HONOR30Pro+ mempunyai spesifikasi paling hampir dengan siri Huawei P40. Paparannya adalah bersaiz sama dengan HONOR 30 iaitu 6.57 inci OLED Full HD+ namun untuk kadar segar semulanya dipertingkatkan kepada 90Hz. Input sentuhan juga dinaikkan ke 180Hz sebagai naiktaraf sebuah flagship selayaknya.

Honor 30 Pro+ brings 50MP main and periscope telephoto cameras, 90Hz display

Antara perkakas menarik selain paparan adalah tetapan kamera belakangnya. Ia menggunakan sensor utama 50MP IMX70 dari Sony. Selain itu terdapat lensa 8MP periskop, dan 16MP lensa sudut lebar.

Honor 30 Pro Plus has a better camera than Xiaomi Mi 10 Pro. By ...

Untuk bahagian swafoto ia mempunyai kelengkapan sama seperti HONOR 30 iaitu 2 buah lensa 32MP utama dan 8MP sudut lebar. Cip yang digunakan juga adalah sama Kirin 990 5G dengan padanan 8GB/12GB serta storan dalaman 256GB.

Aspek bateri tidak berbeza banyak dengan 4,000mAh serta pengecasan pantas 40W namun kali ini terdapat tambahan pengecasan tanpa wayar selaju 27W.

Hanya 3 pilihan warna yang dijual iaitu hitam, hijau, dan perak dalam harga jualan bermula RMB 4,999 (~RM3,071).

Berkaitan