HONOR 20 Pro Dibawa Masuk Ke Pasaran Tempatan Ogos Ini

Lebih kurang seminggu yang lalu, HONOR Malaysia sedia mengacah kehadiran peranti ini dengan menyatakan peranti dengan mata 111 di DxOMark bakal diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.

Persoalan yang sering timbul dibenak fikiran peminat HONOR 20 Pro tanah air kini sedikit reda dimana HONOR 20 Pro diumumkan akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Ogos  hadapan.



Mempertaruhkan kelengkapan 4 kamera, HONOR 20 Pro ketika ini berada di tangga kedua carta DxOMark dibelakang Huawei P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G yang berkongsi mata dikedudukan teratas.

HONOR Malaysia masih belum berkongsi maklumat berkenaan tarikh sebenar pelancaran serta penawaran HONOR 20 Pro dan mungkin ia akan dibuat tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.