Honor 20 Pro Dengan Pilihan Warna Baru Bakal Tiba Di Malaysia

Baru-baru ini HONOR melancarkan varian warna baru untuk HONOR 20 PRO - Icelandic Frost yang dilancarkan pada IFA 2019 di Berlin, Jerman. Warna ini diinspirasikan oleh keindahan Jokulsarlon Glacier Lagoon di Iceland dan HONOR menyatakannya sebagai rekaan Hologram Dinamik pertama di dunia. Pilihan warna menarik ini telah diumumkan hadir masuk ke pasaran dalam negara tidak lama lagi.


Selain Icelandic Frost, HONOR 20 Pro sudah sedia ditawarkan dengan dua warna iaitu Phantom Black serta Phantom Blue.

HONOR 20 Pro merupakan sebuah peranti yang  dilengkapi dengan Kamera IMI Sony IMX586 48MP AI Quad; Kamera utama 48MP, kamera 16MP Super Wide-Angle, kamera telefoto 8MP dan kamera Macro 2MP. Ia juga mempunyai aperture f / 1.4 yang dilengkapi dengan ISO 204,800 yang mampu menghasilkan gambar berkualiti ketika keadaan kurang cahaya.


HONOR telah memenangi anugerah European Imaging and Sound Association (EISA) untuk anugerah 'EISA Lifestyle Smartphone 2019-2020' dengan rekaan cemerlang Dynamic Holographic pada peranti HONOR 20 PRO dan kamera AI Quad yang mengagumkan. Ini adalah anugerah utama kedua yang diperolehi oleh HONOR 20 PRO, setelah mendapat Skor DxOMark kedua tertinggi dengan 111 mata.