Menerusi imej acah yang dimuat naik pada laman Facebook, HONOR Malaysia memberi bayangan HONOR 20 Pro bakal diperkenalkan secara rasmi tidak lama lagi. Imej menunjukkan angka "111" merujuk kepada markah penanda aras DxOMark yang diperoleh HONOR 20 Pro
Berdasarkan kedudukan DxOMark, HONOR 20 Pro menduduki tangga kedua dengan mata 111 dibawah Huawei P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G yang berkongsi mata ditangga teratas.
HONOR 20 Pro tampil dengan sistem 4 kamera, gabungan antara 48MP lensa utama, 16MP lensa sudut lebar, 8MP lensa telefoto serta lensa makro 2MP. Bahagian ini turut diperkuatkan dengan ciri OIS serta keupayaan 3x zoom optikal. Rakaman hadapan pula menempatkan lensa 32MP pada bucu kiri paparan.
Peranti ini turut didatangkan dengan skrin berukuran 6.26 inci, Kirin 980, RAM sehingga 8GB, memori simpanan sehingga 256GB, bateri berkapasiti 4000mAh menyokong pengecasan pantas 22.5W HONOR SuperCharge.
Buat masa sekarang, HONOR Malaysia hanya menggambarkan kedatangan versi Pro ini dan masih belum lagi menyertakan maklumat lengkap mengenai tarikh penawaran dan sebagainya.
Berkaitan
- Tablet Dan Laptop Baharu Huawei Masuk Malaysia 27 Julai Ini
- OPPO Reno 10x Zoom Perlihatkan Kemampuan 5G Di Malaysia Mencecah 1.2Gbps
- Kajian Mendapati Pengguna Malaysia Menunjukkan Minat Yang Tinggi Terhadap iPhone 8
- Dapatkan Dron GoPro Karma Dengan Hero 5 Pada Harga Diskaun Sebanyak 50%
- Kaji Selidik: India Tawar Pembelian Data Internet Paling Murah Di Dunia, Malaysia Dikedudukan Ke-15
- Redmi K30 Pro Hadir Diperkenalkan Bulan Hadapan
- OPPO Find X Mendarat Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Huawei Akan Lancarkan 8 Produk 23 Februari Ini
- Iklan OnePlus 7 Pro Mengesahkan Model Itu Tampil Rekaan Tanpa Takuk Dan Bezel
- Vivo V15 Pro Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM1799