HONOR baru-baru ini telah mengesahkan bahawa siri HONOR 20 bakal dilancarkan di London tidak lama lagi. Menariknya, HONOR mempunyai cara tersendiri untuk mengumumkan tarikh pelancaran rasmi peranti itu nanti.
Dalam imej poster yang dikirimkan, HONOR "mencabar" peminat untuk menyelesaikan permasalahan matematik untuk mengetahui tarikh pelancaran rasmi HONOR 20 ini.
Soalan yang berbunyi "444 + 4 x 4 x 4 + (4+4)/4 + 44/4" itu apabila dikira akan mendapat jawapan 521 dan tekaan paling munasabah ialah HONOR 20 akan diperkenalkan pada 21 Mei(5/21) nanti.
Peranti ini dijangka akan hadir dengan spesifikasi berprestasi tinggi seperti cip pemprosesan Kirin 980 serta tetapan kamera yang berkualiti tinggi.
Bercakap mengenai kamera, penggunaan angka "4" dalam persoalan matematik di atas seolah-olah memberi gambaran penggunaan 4 lensa kamera.
Akan tetapi, ia hanyalah spekulasi yang bermain di arena internet ketika ini. Sekiranya benar, bagaimanakah susunan kamera yang akan digunapakai?
Jika ditanya pendapat saya, saya lebih gemarkan tetapan tri-kamera dengan satu lensa ToF berbanding dua lensa kamera utama dan dua lensa untuk kamera hadapan.
Bagaimana pula dengan anda, tetapan seperti manakah yang diinginkan? Seperti biasa, kongsikan bersama kami di ruangan komen.
Dari segi harga pula, kami menjangkakan HONOR akan mengekalkan tanda harga bawah RM2,000 bagi peranti ini apabila dilancarkan di Malaysia kelak.
Sumber: HONOR Malaysia
Berkaitan
- Honor Magic 2 Dengan Skrin Meluncur Akan Dilancarkan 26 Oktober Ini
- Dapatkan OPPO A9 2020 Dengan Harga RM999 Sempena Jualan 12.12
- #MWC2019 Nubia Alpha - Jam Tangan Pintar Yang Boleh Menangkap Swafoto Kini Dilancarkan
- First Look HONOR View20 Di Paris ft Fazli Halim
- Google Fuchsia Dijangka Akan Menggantikan Android Seawal Tahun 2021
- Android Q Ada Ciri Kesan Kemalangan Kenderaan, Diuji Pada Google Pixel
- Huawei Umum Honor 10 Ke Pasaran Malaysia Pada 22 Mei Ini
- Jom Ke PlayStation Experience 2017 South East Asia
- Samsung Galaxy M20 Dilaporkan Akan Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar
- Honor 10 Lite Dilancarkan Secara Rasmi, Dikuasakan Dengan GPU Turbo 2.0