HONOR 20 Bakal Dipasarkan Di Malaysia Mulai 21 Jun 2019

Pertama kali diperkenalkan secara global pada 21 Mei yang lalu, HONOR Malaysia tidak menunggu lama untuk merasmikannya dalam pasaran tempatan. Diperkenalkan pada harga RM1699, ia masih belum lagi dijual sehingga ke hari ini tetapi menurut pengumuman HONOR, penjualan rasmi akan bermula pada 21 Jun ini bersempena dengan ulangtahun syarikat yang ke-5.


Dari segi spesifikasi, Honor 20 hadir dengan skrin bersaiz 6.26 inci (IPS lCD) bernisbah 19.5:9.  Ia juga hadir dengan cip pemprosesan Kirin 980 (7nm), kapasiti RAM 6GB dan penyimpanan memori 128GB.

Dari segi kamera, Honor 20 menampilkan telefon pertama keluarannya yang menggunakan kombinasi empat kamera  iaitu 48 MP (f/1.8), 16MP (f/2.2) ultra lebar, 2MP (f/2.4) untuk kamera makro dan 2MP (f/2.4) "depth sensor" dan menyokong rakaman video sehingga 4k @ 30fps.

Bagi kamera hadapan pula Honor 20 masih mengekalkan "punch hole display" seperti Honor View 20 tetapi hadir dengan saiz yang lebih besar dengan penggunaan kamera 32MP (f/2.0). Peranti dengan bateri berkapasiti 3750 mAh ini turut menyokong pengecasan pantas melalui Huawei SuperCharge 22.5W di mana ia mampu mengecas dari 0% ke 50% dalam masa 24 minit.



Apa yang lebih menariknya lagi berkenaan dengan telefon pintar ini, Honor turut memperkenalkan Mira Filzah sebagai Honor's Wonder Girl bagi siri Honor 20 ini. Honor 20 dijual pada tanda harga RM 1,699 dan mempunyai dua pilihan warna iaitu Midnight Black dan juga Sapphire Blue.

Para pelanggan yang membeli ini akan mendapat hadiah percuma bernilai RM 500 dengan setiap pembelian Honor 20.  Hadiah yang disediakan berupa Honor SoundStone Portable Bluetooth Speaker, Honor Band 4 dan juga Honor Backpack.

Jadi kepada yang berminat dengan peranti ini, anda boleh mendapatkannya di Honor Experience Stores yang berdekatan.