HONOR 10X Lite Diperkenalkan Dengan Cip Kirin 710 Dan Bateri 5,000mAh

Siri kelas pertengahan dari HONOR kita ditambah lagi dengan HONOR 10X Lite. Ia merupakan lanjutan model setelah pengenalan X10 dan juga X10 Max Julai lalu.

HONOR 10X Lite hadir dengan skrin 6.67 inci Full HD+ IPS LCD dengan punch-hole menempatkan swafoto 8MP.



Telefon ini dijana Kirin 710 dengan padanan 4GB RAM dan storan dalaman 128GB yang boleh dikembangkan melalui microSD.

Di belakang, terdapat 4 lensa dengan 48MP utama,  8MP sudut lebar, 2MP depth, dan 2MP makro. Ia disusun dalam bentuk modul petak memanjang.



HONOR 10X Lite dimuatkan dengan kapasiti bateri 5,000mAh serta pengecasan pantas 22.5W. Ia menjalankan Magic UI 3.1 yang berasaskan Android 10.

Terdapat 3 pilihan warna iaitu Icelandic Frost, Midnight Black dan Emerald Green.



Telefon ini dijual berharga sekitar RM884 di Arab Saudi. Pengenalannya untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui.

Sumber: HONOR Arab Saudi

Berkaitan