Honor 10 Terima Sokongan GPU Turbo Untuk Prestasi Grafik Yang Lebih Mantap

Berita baik bagi semua pemilik peranti kelas perdana Honor iaitu Honor 10 apabila Huawei telah mengumumkan bahawa fungsi GPU Turbo telah tersedia bagi peranti berkenaan bermula 6 Ogos yang lalu.

Seperti yang pernah kami nyatakan, sokongan fungsi GPU Turbo ini akan membantu dalam meningkatkan prestasi peranti bagi pengalaman bermain permainan video sehingga 60% lebih baik. Bukan itu sahaja, ia turut menoptimumkan penggunaan bateri bagi memberi penjimatan sehingga 30%.

Kredit : Honor


Fungsi GPU Turbo ini hanya menyokong dua permainan video iaitu PUBG Mobile dan Mobile Legends buat masa ini. Namun kami menjangkakan lebih banyak permainan akan menerima sokongannya pada masa akan datang.

Selain dari GPU Turbo, kemaskini peranti kali ini turut membawa sokongan penstabilan imej automatik(AIS). Ia akan meminimumkan kesan kabur serta gegaran bagi memberikan imej dan video yang lebih baik dan jelas, walaupun pada waktu kurang cahaya.

Bagi semua pemilik peranti Honor 10, anda boleh semak kemaskini terkini bagi perisian peranti anda dan mulakan kemaskini dengan segera untuk menikmati fungsi menarik ini.

 

Sumber