Honor 10 Lite Terjual Sebanyak 1,200 Unit Dalam Tempoh 3 Jam Jualan

Honor mula menawarkan peranti terbaharu mereka untuk pasaran tempatan, Honor 10 Lite pada 9 Januari yang lalu melalui satu promosi jualan di Lazada dan HiHonor.

Peranti tersebut jelas telah menambat hati pengguna di Malaysia apabila 1,200 unit Honor 10 Lite telah berjaya terjual dalam masa hanya 3 jam.

Kapsyen: Honor


Jualan itu direkodkan melalui platform Lazada dan HiHonor.com. Semasa jualan promosi berkenaan, model 3GB RAM/32GB ditawarkan pada harga istimewa iaitu RM699 berbanding RM749 pada hari biasa.

Satu lagi model yang dipasarkan ialah 3GB RAM/64GB yang dijual pada tanda harga RM799.

Honor 10 Lite hadir dengan sistem cip Kirin 710, dijalankan dengan sistem operasi EMUI 9 serta dijana oleh bateri berkapasiti 3,400mAh.

Namun, apa yang menjadi fokus utama pada peranti ini ialah tetapan kameranya. Ia dilengkapi dengan kamera swafoto 24MP berkuasa AI.

Kapsyen: Honor


Selain itu, ia juga didatangkan dengan kamera utama dwi-lensa yang menggabungkan 13MP(f/1.8) dan 2MP.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh dapatkan secara atas talian di laman Lazada dan HiHonor sekarang.

 

Sumber: Honor Malaysia