HONOR 10 Lite - Telefon Kamera Swafoto 24MP Yang Membuktikan Peranti Bawah RM 800 Ini Bukan Biasa-Biasa

Jika ditanya pada mana-mana penjual telefon pintar, peranti mana yang mempunyai kualiti swafoto yang cantik disamping spesifikasi menarik pastinya mereka akan mencadangkan peranti yang berharga ribuan ringgit, bukan?

Tahukah anda, dengan harga di bawah RM1,000, atau lebih tepat bawah RM800, anda boleh dapatkan sebuah peranti dengan kamera swafoto berkualiti dan spesifikasi yang baik.



Telefon yang dimaksudkan ialah HONOR 10 Lite. Ia adalah model "ringan" bagi telefon HONOR 10 yang diperkenalkan pada bulan April tahun lalu.

Walaupun sedemikian, HONOR 10 Lite ini tetap mempamerkan prestasi cemerlang, baik dari segi kamera mahupun spesifikasi dalaman.

Perkara yang paling mencuri tumpuan pada peranti ini pastinya tetapan kamera swafoto 24MP dengan sokongan teknologi gabungan cahaya 4-dalam-1 yang dimiliki.

Melaluinya, setiap gambar swafoto yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan sangat terperinci.



Dibantu dengan teknologi AI, kamera HONOR 10 Lite ini mampu mengesan sehingga 8 senario berbeza bagi menetapkan tetapan paling bersesuaian untuk mendapatkan gambar terbaik.

Bagi menyerlahkan lagi kecantikan seseorang, kamera peranti ini akan menyunting gambar secara automatik menggunakan teknologi AI Beauty.

Fungsi ini akan mengubahsuai gambar mengikut jantina, tona kulit dan umur bagi membolehkan anda kelihatan sempurna di dalam gambar dari apa jua sudut sambil mengekalkan kecantikan asli wajah anda menerusi algoritm kecantikan yang telah dinaiktaraf pada HONOR 10 Lite ini.

Antara suntingan yang dijalankan melalui AI Beauty yang ada pada peranti ini ialah pelicinan wajah, ubahsuai tona kulit, menghilangkan kesan jerawat, pelangsingan muka, menghilangkan kesan minyak dan kesan eyebag serta memutihkan gigi.



Kamera utama dwi-lensa yang ada pada HONOR 10 Lite ini juga tidak kurang hebatnya.  Ia dilengkapi dengan lensa utama 13MP serta lensa sudut lebar 2MP dengan bukaan aperture f/1.8 yang meningkatkan kadar pendedahan cahaya kepada 50% lebih baik.



Gambar yang ditangkap menggunakan peranti ini boleh dikatakan antara yang terbaik pada kelas harganya, walaupun pada waktu malam atau kurang pengcahayaan.



Ia dibantu pula dengan kehadiran mod malam(Night Mode) yang membolehkan gambar yang cantik dihasilkan walaupun pada pencahayaan rendah.



Sama seperti kamera hadapan, kamera utama peranti ini juga dilengkapi dengan teknologi AI. Bezanya, ia boleh mengesan 22 senario berbeza ketika gambar ingin diambil.

Cukup dengan kualiti kameranya yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Beralih pula pada kualiti binaannya. Sekali lihat, rekaan HONOR 10 Lite ini seakan-akan gabungan di antara HONOR 10 dan HONOR 8X.



Hadir dengan warna cerun menarik serta rekaan takuk kecil atau "dewdrop notch", pasti ramai yang tidak menyangka bahawa peranti ini berharga bawah RM1,000. Yang penting, bicu audio 3.5mm kesukaan ramai masih dikekalkan.



Dari segi kekuatan dalamannya pula, telefon ini dibekalkan dengan sistem cip HiSilicon Kirin 710 dengan CPU berkuasa tinggi Cortex-A73. Tidak cukup dengan itu, ia turut disokong oleh teknologi GPU Turbo yang memberikan pengalaman bermain games serta penggunaan bateri yang lebih baik.



Bermain permainan video popular seperti PUBG Mobile, Asphalt 9 dan Free Fire juga tidak mendatangkan masalah kepada peranti ini. Tambahan pula, ia tidak berasa terlalu panas walaupun telah bermain games untuk tempoh masa yang lama.

Oleh sebab itu, tidak salah untuk kami katakan bahawa HONOR 10 Lite ini adalah telefon pintar berharga bawah RM800 paling lengkap yang berada di pasaran ketika ini.



Ketika ini, telefon ini dijual pada harga RM679 bagi model 3GB RAM + 32GB simpanan dalaman manakala RM799 untuk variasi 3GB RAM + 64GB simpanan dalaman.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan #HONOR10Lite ini, anda boleh membuat pembelian secara atas talian menerusi gedung Lazada, HiHONOR atau terus ke mana-mana pengedar rasmi HONOR berhampiran dengan anda.

 

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh HONOR Malaysia.