Seakan-akan tidak puas, Honor kini menampilkan lagi sebuah versi dalam siri yang sama dikenali sebagai Honor 10 GT.
Didatangkan dengan skrin paparan 5.84 inci bernisbah 19:9, dikuasakan dengan cip pemprosesan 970.
Bagi tetapan kamera pula, ia dilengkapi dengan dwi kamera utama, gabungan antara sensor lensa RGB dan monokrom. Bahagian hadapan pula, disertakan dengan lensa 24MP.
Keluaran baru ini merupakan naik taraf berbanding model yang lepas dimana ia menggunapakai RAM 8GB bersama-sama dengan memori 128GB. Disamping itu, ia diperkasakan dengan teknologi GPU Turbo.
Menurut Honor, teknologi GPU Turbo ini mampu memberikan penambahan prestasi kepada 60% dan dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 30%.
Bakal dipasarkan di China pada 24 Julai hadapan tetapi masih belum dapat dipastikan sama ada ia akan memasuki pasaran tempatan ataupun tidak.
Baca juga - Ulasan Honor 10 - Adakah Ini Flagship Killer Untuk Tahun Ini?
Berkaitan
- 10 Aplikasi iPhone Paling Popular Sepanjang Masa
- AS Bakal Beri Sedikit Kelonggaran Kepada Huawei Untuk Berurusan Dengan Syarikat Teknologi Mereka
- Dua Ciri Huawei P30 Pro Akan Dibawa Kepada Model-Model Yang Lain
- Lagi Telefon Pintar Xiaomi Dengan Kamera 108MP?
- Xiaomi Dengan Rasminya Mengumumkan MIUI 10
- Dengan Harga Langganan RM100, Anda Boleh Nikmati Internet Jalur Lebar Dan Mudah Alih Tanpa Had
- realme GT3 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM2799
- Xiaomi Mi 10 Sah Akan Gunakan Snapdragon 865
- Device Atlas: Senarai 10 Telefon Pintar Android Dan iOS Paling Popular Di Malaysia Bagi Suku Ketiga 2018
- Harga Jualan Huawei P10 Plus Dikemaskini