Honda Mahu Jual Kereta Elektrik Sahaja Bermula 2040

Syarikat pembuat kenderaan Honda bercadang untuk mengalihkan semua untung jualan kereta global mereka ke kereta elektrik menjelang tahun 2040.

Mereka menjangkakan keuntungan yang akan diperoleh melalui kereta elektrik dan kereta sel bahan api akan mencapai sehingga 40% menjelang 2030 dan 80% menjelang 2035.

Oleh itu, "e:Architecture" sebuah platform baharu yang diterajui Honda diperkenal untuk tingkatkan pengeluaran kereta elektrik dan kereta sel bahan api.

Tambahan, Honda bercadang untuk melancarkan kereta elektrik pertama e:Architecture pada pertengahan dekad ini bermula di Amerika Utara.

Disamping itu, Honda akan memanfaatkan sistem bateri Ultium didalam dua kereta elektrik SUV yang dibangun bersama General Motors (GM).

Honda juga ingin menambah sistem bantuan pemanduan maju (ADAS) di kesemua model yang akan dikeluarkan di pasaran bermula 2030.

Sumber: engadget