HMD Global Keluarkan Sumber Kod Untuk Nokia 1 Dan Nokia 6

Nokia melalui HMD Global telah melancarkan laman sesawang bagi menyediakan sumber kod (source code) untuk peranti Nokia 1 dan Nokia 6 buat masa sekarang.

Mereka berbuat demikian di atas sebab lesen GPL, LGPL dan sumber terbuka lain bagi mengedar sumber kod yang digunakan oleh peranti mereka.

Ini bermakna pembangun ROM seperti di XDA boleh mengambil sumber kod ini dan menghasilkan ROM tersendiri untuk tujuan modifikasi.

Pengeluar seperti Xiaomi sebelum ini dikritik oleh pengguna mereka kerana mengambil masa terlalu lama bagi membekalkan sumber kod kepada komuniti pembangun.

Untuk sumber kod, boleh lawati mereka di laman sesawang Nokia.