HMD Global Dapatkan Pelaburan Melebihi RM 400 Juta Untuk Perbesarkan Perniagaan Mereka

HMD Global selaku pemegang lesen peranti Nokia telah mengumumkan yang mereka telah mendapatkan dana sebanyak RM 400 Juta ($ 0.1 million) dari pelbagai pelabur untuk membesarkan operasi perniagaan dan pertumbuhan syarikat mereka untuk tahun kedua.

Pelaburan yang diketuai oleh Ginko Ventures itu membolehkan HMD Global kini bernilai lebih dari RM 4 bilion. Untuk tahun ini sahaja, HMD Global merancang untuk meluaskan lagi portfolio perniagaan telefon pintar Nokia di samping meningkatkan lagi pegangan di pasaran-pasaran strategik.



Sejak MWC 2017, syarikat dari Finland tersebut sudah memperkenalkan 16 peranti dan menjalinkan kerjasama dengan gergasi-gergasi lain seperti Google dan ZEISS. Mereka juga telah menjadi rakan terbaru Google dalam memperkenalkan lebih banyak lagi peranti Android One ke pasaran pengguna di seluruh dunia.