H&M Turut Sertai Pereka Fesyen Ini Mencipta Tekstil Menggunakan Tahi Lembu

Jika anda mengikuti perkembangan fesyen, anda mungkin pernah dengar kain yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti rami, buluh, atau botol air walaupun dikitar semula. Tetapi jangan terkejut sekarang baja lembu pun dah boleh dibuat kain.

8e6e9fb6-9485-441e-fb70-dabb996dd632

clothes-made-cow-manure-MAIN

Ianya dipelopori oleh seorang pereka fesyen dari Belanda, Jalila Essaïdi. Beliau hadir dengan fabrik baru yang diberi nama Mestic. Jelas sekali, tahi lembu bukanlah sumber yang paling glamor untuk membuat pakaian. Jadi, mengapa Essaïdi memilih untuk menggunakan bahan semula jadi ini?

Menurut kenyataan akhbar, Essaïdi adalah seorang pereka dan usahawan, tetapi beliau juga merupakan seorang perintis dalam mencari penyelesaian inovatif tentang masalah baja lembu.

Baja lembu mengeluarkan jumlah fosfat dan nitrogen berlebihan ke alam sekitar, membahayakan tanah, air, dan udara pada masa yang sama. Mengubahnya menjadi kain adalah satu idea yang sangat bijak.

0902db0f-812a-4664-cf77-fb7735e93d2b

6d6638a8-aed6-4aeb-efa8-ddc12ea2c7fd

Di laman web beliau, Essaïdi memberitahu "Tiada bahan alam semula jadi di muka bumi ini adalah satu pembaziran (walaupun sisa literal). Pembinaan bioplastik mampan, Mestic dilakukan dengan memisahkan baja yang kering, kaya dengan selulosa daripada baja basah yang berasid tidak diingini.

Kemudian, asid baja basah ini ditambah kembali kepada selulosa tulen untuk membentuk kain. Kain yang dihasilkan ini langsung tidak mengeluarkan sebarang bau busuk. Jadi jangan takut sangat nak pakai kain baja lembu nanti. Air longkang pun bila dirawat boleh diminum.

Baru-baru ini, H&M juga bakal mengikuti jejak langkah yang dibawakan Jalila Essaïdi dengan mengetengahkan fabrik semula jadi melalui program  Global Change Awards yang dibawakan oleh H&M Foundation.

Di dalam program ini, H&M Foundation telah melabur 1 juta usd dalam membawakan teknologi pembuatan fabrik baru yang lebih mesra alam memfokuskan kepada 4 jenis sumber baru iaitu tahi lembu, kain jeans yang dikitar semula, buah anggur, tenaga solar (ya, kajian terbaru mendapati kain nylon boleh dihasilkan hanya dengan campuran air, pancaran matahari dan sisa tumbuhan).

Kami akan menceritakan dengan lebih terperinci tentang projek baru yang dibawakan oleh H&M ini dalam artikel seterusnya.

Sumber

Berkaitan