Hisense Malaysia Melancarkan Tiga Produk Terbaru

Rakan rasmi UEFA EURO 2020, Hisense Malaysia baru-baru ini melancarkan tiga produk terbaru iaitu TV ULED 4K, peti sejuk inverter 4 pintu dan penghawa dingin inverter R32 ke pasaran Malaysia.

TV ULED 4K (U800QF)


hisense

TV ULED 4K menawarkan paparan yang lebih tajam dan jelas dengan skrin yang bersaiz 65 inci serta resolusi 3840x2160 Ultra HD. Ia juga terdapat Hi-View Engine yang membolehkan pemprosesan grafik lebih pantas untuk mengoptimakan kualiti gambar.

TV ULED dengan Quantum Dot Color mampu menghasilkan lebih daripada 1 bilion warna. Selain itu, ia hadir dengan Dolby Vision HDR yang diilhamkan teknologi pawagam memberikan pengguna menikmati hiburan dengan lebih menarik.

Bagi sistem bunyi pula, TV ini membolehkan pengguna untuk menikmati bunyi sinematik dengan pembesar suara di depan yang menggabungkan Dolby Atmos dan JBL Sound Solution. TV ini dijual pada harga RM 4,999.

Peti Sejuk Inverter 4 Pintu


hisense

Model terbaru peti sejuk ini menggunakan rekaan Metal-Tech Cooling yang menjadikan dinding belakang peti sejuk dilapisi keluli tahan karat dan memastikan udara sejuk diagihkan secara rata dari dalam keluar.

Manakala freezer bagi peti sejuk ini hadir dengan fungsi pembekuan cepat membolehkan pengguna melakukan pembekuan dengan cepat.

Ia juga mempunyai teknologi Dual-Tech Cooling yang mempunyai dua penyejat bebas untuk mengawal suhu dan memberikan bacaan suhu dengan lebih tepat.

Sementara Triple Temperature zone menyediakan pilihan bebas kepada pengguna dari peti sejuk (2-8°C) hingga My Fresh Choice (-18-5°C) dengan mudah. Peti sejuk ini ditawarkan dengan harga RM 3,199.

Penghawa Dingin Inverter R32


hisense

Hisense telah lama dalam teknologi inverter sejak tahun 1997. Penghawa dingin terbaru ini menawarkan dua kapasiti, 1.0HP dan 1.5HP.

Ia juga mendapat 5 Bintang Penarafan Tenaga dengan penggunaan tenaga 40% lebih sedikit berbanding produk penarafan tenaga 2 bintang konvensional.

Selain itu, penjana plasma yang terdapat dalam penghawa dingin ini dapat mengurangkan pencemaran udara, membunuh hingga 90% bakteria dan kuman di udara.

Tambahan lagi, sensor pada alat kawalan jauh pada penghawa dingin ini juga dapat merasakan suhu persekitaran dan ia akan menyesuaikan suhu secara automatik apabila dibuka. Penghawa dingin ini dijual pada harga RM 1,499.