Hisense Lancar TV 4K UHD A6100H, Lima Saiz Bermula RM1,999

Hisense Malaysia baru sahaja melancarkan siri TV 4K UHD A6100H di seluruh Malaysia.

Beresolusi 4K UHD, siri ini didatangkan dengan 5 saiz berbeza iaitu 43 inci, 50 inci, 55 inci, 58 inci, dan 65 inci.

Rekaannya pula tanpa bezel, menekankan visual skrin TV penuh dengan reka bentuk ultra slim.

Selain itu, ia juga dilengkapkan dengan Dolby Vision HDR, teknologi audio DTS Virtual: X, serta konfigurasi pembesar suara 5.1.

Siri TV 4K UHD A6100H ini juga dipersiapkan dengan dua mod iaitu Sports Mode dan Game Mode untuk menawarkan pengalaman audio dan visual yang memuaskan.

Untuk sistemnya pula, TV ini ditawarkan dengan sistem VIDAA U5, menyokong pengecaman suara untuk memudahkan pengguna mencari kandungan dalam pelbagai bahasa.

Berikut adalah harga yang ditetapkan untuk setiap saiz:

  • 43 inci - RM1,999

  • 50 inci - RM2,499

  • 55 inci - RM2,799

  • 58 inci - RM2,999

  • 65 inci - RM3,999


Siri Hisense TV 4K UHD A6100H boleh didapatkan melalui pengedar sah Hisense. Rujuk pautan INI untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Sumber: Siaran akhbar Hisense Malaysia

Berkaitan