HiddenRadio & Bluetooth Speaker – Pembesar Suara Yang Menarik Untuk Penggemar Muzik

Pembesar suara merupakan medium penting dalam penghasilan sesuatu alatan teknologi hari ini. Ia diperlukan sebagai alat siaran untuk menghasilkan bunyi atau muzik. Pembesar suara juga tidak terlepas dari tempias ledakan teknologi apabila ia turut dinaiktaraf mengikut kehendak semasa.

Walaupun pelbagai inovasi telah dilakukan kepada pembesar suara, tetapi tidak semuanya mempunyai ciri dan fungsi menarik. Berbeza dengan HiddenRadio & Bluetooth Speaker yang disenaraikan di laman kempen projek teknologi terkemuka Kickstarter ini.

Peranti yang dibangunkan oleh John VDN dan Vitor Santa Maria ini merupakan sebuah pembesar suara agak unik. Ia dilengkapi beberapa ciri istimewa bagi menjadikannya berbeza dengan pembesar suara lain yang berada di pasaran.

Kredit: Kickstarter

Antaranya ialah anda hanya perlu memutarkan bahagian kepalanya sedikit ke atas bagi menghidupkannya. Untuk kawalan bunyi pula, putar bahagian kepalanya ke atas untuk meningkatkan volume manakala ke bawah untuk menurunkan volume.

Selain itu, peranti ini juga menggunakan teknologi Bluetooh dan ia boleh dihubungkan dengan semua peranti yang menyokong fungsi sambungan berkenaan. Anda juga tidak perlu risau sekiranya ada peranti yang tidak mempunyai bluetooh, kerana pembesar suara ini disertakan sekali dengan wayar yang boleh disambungkan terus ke peranti anda.

Kredit: www.kickstarter.com

Pembesar suara ini juga mempunyai ketahanan bateri sehingga 30 jam. Malah reka bentuknya juga menarik. Sesuai dengan namanya, pembesar suaranya tersimpan di sebalik “kepala” peranti ini. Ia juga tersedia dengan tiga pilihan warna iaitu perak, kelabu dan hitam.

Ditawarkan pada harga $119(~RM 497), peranti ini dilihat mampu menarik minat ramai terutamanya penggemar muzik jika dipasarkan ke Malaysia. Malangnya, tiada pengedar rasmi tempatan bagi peranti ini yang dapat kami temui setakat ini.

 

Sumber: Kickstarter

Marlya Syafikah

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408