Hewlett Packard Tawarkan Ganjaran RM 40,000 Kepada Sesiapa Yang Menjumpai Kerentanan Di Dalam Perisian Pencetak Mereka

Hewlett Packard (HP) sebagai pembuat perkakasan komputer telah menawarkan ganjaran sebanyak RM 40,000 ($10,000) kepada sesiapa yang dapat menjumpai sebarang kerentanan di dalam perisian pencetak HP. Program yang sinonim dengan syarikat-syarikat besar teknologi ini secara langsung mengelakkan kerentanan tersebut diketahui di pasaran gelap.

HP membuka program ganjaran ini bermula dari bulan Mei dan 34 organisasi penyiasat mendaftarkan diri. Salah sebuah organisasi tersebut sudah menerima ganjaran pertama mereka yang dianggap sebagai kerentanan besar di dalam pencetak mereka.

HP memfokuskan program ganjaran ini untuk siri pencetak mereka atas sebab IoT (Internet of Things). Pencetak termasuk di dalam kategori IoT dan ia merupakan peranti pertama yang selalu terlepas pandang sebagai alat yang digunakan oleh penggodam.



HP memberikan ganjaran RM 40,000 untuk kerentanan serius berupa serangan jauh yang boleh mengambil alik akses pencetak tersebut. HP sudah memasang 15 pencetak di pejabat mereka yang tidak disambung ke dunia luar. Sekiranya penggodam berjaya mengakses pencetak tersebut dari luar, wang ganjaran akan dianugerahkan kepada mereka.